KUALA LUMPUR - Tiada mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini sehingga jam 8.45 malam.
Sinar Harian difahamkan, sehingga kini hanya Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang hadir.
Iklan
Iklan
Kira-kira 100 petugas media termasuk dari Singapura dan Jepun mula berkumpul di WTC, di sini bagi mengikuti perkembangan terkini keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Terdapat skrin besar dipasang yang menunjukkan perkembangan terkini keputusan penuh 221 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Pahang, Perlis dan Bugaya, Sabah.
Antara keputusan yang menjadi tumpuan melibatkan pemimpin BN adalah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO di Bagan Datuk; Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran (Sungai Siput), Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam).
Dua bekas menteri besar, iaitu Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu) dan Datuk Seri Mohamad Hasan (Negeri Sembilan) turut bertanding di peringkat Parlimen buat pertama kali, iaitu masing-masing di Kemaman dan Rembau.
Artikel Berkaitan