PRU15: Saingan sengit PN-PH di Parit Buntar

Iklan
Mujahid

IPOH - Keputusan tidak rasmi di Parlimen Parit Buntar menyaksikan persaingan sengit antara calon Pakatan Harapan (PH) dengan Perikatan Nasional (PN).

Setakat jam 9.30 malam, calon PN, Mohd Misbahul Munir Masduki daripada Pas mendahului dengan memperolehi 16,799 undi.

Iklan
Iklan

Kiraan undi itu mengatasi calon PH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof daripada Parti Amanah Negara (Amanah) yang memperolehi 15,173 undi.

Dua lagi calon, Imran Mohd Yusof daripada BN mendapat 8,979 undi dan calon Pejuang,

Iklan

Rohijas Md Sharif dengan 209 undi.

Pada PRU14 lalu, Mujahid yang juga Naib Presiden Amanah mempertahankan kerusi Parlimen Parit Buntar dengan majoriti 3,098 undi.

Iklan