PRU15: Anwar selesa di hadapan Peja

Iklan
Ahmad Faizal (kiri) dan Anwar

IPOH - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus laju mendahului tiga pesaingnya di Parlimen Tambun dengan majoriti 4,607 undi.

Keputusan tidak rasmi setakat jam 11.10malam, calon Pakatan Harapan (PH) itu memperolehi 24,652 undi di 134 saluran.

Iklan
Iklan

Kiraan itu menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendapat 20,045 undi.

Sementara itu, calon BN, Datuk Aminuddin Md Hanafiah mendapat 12,172 undi manakala Pejuang, Abdul Rahim Tahir sebanyak 494 undi.

Iklan

Data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaksikan seramai 160,558 pengundi berdaftar di Parlimen Tambun.

Iklan