KOTA KINABALU - Calon Pakatan Harapan (PH), Chan Foong Hin terus mengekalkan kerusi Parlimen Kota Kinabalu apabila berjaya mendapat majoriti 23,783 undi.
Menurut keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Foong Hin memperoleh sebanyak 31,359 undi berjaya menewaskan calon Parti Warisan (Warisan), Yeo Yan Yin dengan jumlah undi sebanyak 7,576.