Kilang proses silokon musnah dalam kebarakan

Iklan

SHAH ALAM - Sebuah kilang memproses silikon di Pulau Indah, Pelabuhan Klang dekat sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 9 malam tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, kebakaran itu melibatkan keluasan kawasan kilangkira-kira 1.2 hektar.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.16 malam dengan 55 anggota dan pegawai dari lima balai bomba dan penyelamat telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran telah berjaya dikawal dan ketika ini kerja-kerja memadam api di kawasan longkang sedang dijalankan.

Iklan

"Setakat ini tiada kemalangan jiwa juga dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan. - Bernama

Iklan