Rafizi menang besar di Pandan

Iklan
Rafizi Ramli

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menang besar di Parlimen Pandan dengan majoriti 48,296 undi menewaskan empat pencabar lain.

Beliau memperoleh 74,002 undi manakala calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Farique Zubir Albakri mendapat 25,706 undi; calon Barisan Nasional (BN), Datuk Leong Kok Wee (11,664); calon Warisan, Tan Sri Ong Tee Keat (3,323) dan calon Pejuang, Nadia Hanafiah (961).

Iklan
Iklan

Rafizi pernah menang Parlimen Pandan pada PRU13 manakala PRU14, kerusi tersebut dimenangi bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Selain Rafizi, Tee Keat yang merupakan Ketua MCA Bahagian Pandan juga pernah menyandang kerusi berkenaan selama dua penggal dari 2004 hingga 2013.

Iklan

Iklan