SHAH ALAM - Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa meminta pihak yang bertanggungjawab untuk mengundurkan diri dan mengambil tanggungjawab ke atas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15.
Beliau mencadangkan, Perikatan Nasional (PN), BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang satu ketika bersama untuk bermuafakat dan membentuk kerajaan.
"Usah berlengah lagi, ketepikan semua ego. Yang gagal mundurlah dan ambil tanggungjawab.
"Bermuafakatlah dan bentuk kerajaan. Selamatkan negara, agama dan bangsa ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.
Annuar yang sebelum ini merupakan penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Kelantan tidak dicalonkan pada PRU kali ini dan digantikan dengan Ketua Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Aradillah Ariffin.
Bagaimanapun, kerusi tersebut gagal dipertahankan kali ini apabila Pas berjaya merampasnya kali ini.