HONG KONG. Hong Kong menjadi bandar paling mahal di dunia bagi mereka yang ingin membeli rumah.
Menurut kajian tahunan syarikat hartanah CBRE, analisis pasaran hartanah itu dilakukan di 35 bandar. Asia mendominasi senarai pasaran hartanah paling mahal di mana Hong Kong berada di tempat teratas untuk lima tahun berturut-turut diikuti Singapura di tempat kedua dan Shanghai di tempat ketiga.