PRU15: PH dahului BN menang kerusi Parlimen di Johor

Iklan
Pengerusi PH Johor, Datuk Seri Salahuddin Ayub (kiri) menang di Parlimen Pulai manakala Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong (kanan) menang di Parlimen Iskandar Puteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) berjaya mencipta kejutan apabila berjaya menang 14 kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sementara BN mendapat sembilan kerusi dan Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh dua kerusi.

Iklan
Iklan

Kemenangan besar PH itu sekali lagi mengulangi kejayaan gabungan itu memenangi 18 kerusi Parlimen di negeri ini pada PRU14 lalu.

Bagaimanapun, BN Johor gagal mencapai sasarannya untuk memenangi sekurang-kurangnya 16 kerusi pada PRU15 sekaligus gagal memperbaiki rekod pada PRU14 apabila hanya mendapat lapan kerusi parlimen ketika itu.

Iklan

Berikut adalah kerusi Parlimen yang PH iaitu Segamat, Sekijang, Labis, Ledang, Bakri, Sri Gading, Batu Pahat, Kluang, Tebrau, Pasir Gudang, Johor Bahru, Pulai, Iskandar Puteri, Kulai dan Muar.

BN pula di Parlimen Parit Sulong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Tenggara, Kota Tinggi, Pengerang, Pontian, Tanjung Piai dan Sembrong.

Iklan

Manakala dua kerusi dimenangi PN di Parlimen Mersing dan Pagoh.

Sebelum itu, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, BN menang 40 kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) manakala PH menang 13 kerusi DUN dan PN mendapat tiga kerusi DUN.