ARAU - Keputusan tidak rasmi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis menyaksikan kerajaan BN tumbang selepas 65 tahun memerintah negeri berkenaan sejak merdeka.
Perikatan Nasional (PN) bakal membentuk kerajaan baru selepas berjaya memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan di Parlimen Padang Besar dan Arau.