PRU15: Ahmad Amzad menang besar di Kuala Terengganu

Iklan
Ahmad Amzad bersama isteri, Datin Dr Nor Diana Ahmad Takri selepas diumumkan menang di Parlimen Kuala Terengganu di pusat penjumlahan undi Stadium Negeri, malam Sabtu.

KUALA TERENGGANU - Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim menang besar sekalligus mempertahankan kerusi yang disandang dengan mendapat majoriti 40,907 undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu mendapat sebanyak 63,016 undi sekali gus mengetepikan tiga pencabar pada PRU15 ini.

Iklan
Iklan

Keputusan itu diumumkan Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Faris Abdul Razak di pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri di sini, sebentar tadi.

Tiga pencabar Amzad iaitu Datuk Mohd Zubir Embong (BN) memperoleh 22,109 undi, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PH-Amanah) mendapat 10,946 undi manakala Mohamad Abu Bakar Muda (GTA- Pejuang) memperoleh 481 undi.

Iklan

Pada PRU-14 lalu, Ahmad Amzad menang selesa dengan majoriti 14,773 undi selepas memperoleh 42,988 undi menewaskan calon dari BN, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail (28,215 undi) serta calon PH, Raja Kamarul Bahrin (15,380 undi).

Iklan