Asyraf Wajdi tewas di Gerik

Iklan
Asyraf Wajdi

IPOH - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tewas di kerusi Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Selaku calon baru ditampilkan BN, beliau gagal mempertahankan kerusi berkenaan yang sebelum ini kubu kuat UMNO apabila hanya memperolehi 13,728 undi.

Iklan
Iklan

Sementara calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Tarmizi Mohd Jam mendapat 5,779 undi.

Iklan

Ahmad Jazlan Yaakub gagal pertahan kerusi Parlimen Machang

MACHANG- Calon Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal berjaya memenangi kerusi Parlimen Machang dengan memperoleh majoriti 10,154 undi.

Iklan

Wan Ahmad Fayhsal memperoleh keputusan 35,603 undi bagi jumlah keseluruhan 162 peti undi.

Undian itu sekaligus menewaskan calon BN yang juga penyandang Parlimen iaitu Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang memperoleh 25,449 undi.

Manakala, calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Rosli Allani Abdull Kadir memperoleh 3,934 dan calon Parti Bumiputera Malaysia (PUTRA), Mejar (B) Muhammad Seman dengan memperoleh 128 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya P029, Nik Muhd Hasanuddin Nik Hussin di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Perpaduan Machang, di sini.