UMNO adakan dua mesyuarat penting pada Ahad

Iklan
Ahmad

SHAH ALAM - UMNO dijadual akan mengadakan dua mesyuarat penting pada Ahad.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi laman Facebook rasminya pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Katanya, Mesyuarat Khas Biro Politik UMNO termasuk Pengerusi Perhubungan Negeri akan diadakan pada jam 12 tengah hari bertempat di Aras 38 Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Sementara itu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pula dijadualkan jam 3 petang, di Aras 39 WTC.

Iklan

"Dua mesyuarat penting yang mesti dihadiri ialah Mesyuarat Biro Politik UMNO (termasuk Pengerusi Perhubungan Negeri) dan Mesyuarat MKT UMNO.

"Terima kasih atas kehadiran semua,” katanya.

Iklan

Mesyuarat berkenaan berkemungkinan bagi membincangkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dilihat tidak memihak kepada BN.

Setakat jam 1 pagi Ahad, keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan Pakatan Harapan (PH) mendahului lebih banyak kerusi Parlimen, diikuti Perikatan Nasional (PN) berbanding BN.

Bagaimanapun, beberapa calon BN berjaya mempertahankan kerusi yang dimenangi masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Antaranya, termasuk Ahmad Maslan di Parlimen Pontian; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khalid Norden (Kota Tinggi), bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad (Simpang Renggam) dan Datuk Seri Azalina Othman (Pengerang).