PRU15: BN terima kekalahan

Iklan
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - BN menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN menganggap keputusan PRU15 ini sebagai isyarat besar yang diberikan oleh rakyat terhadap parti itu.

Iklan
Iklan

"Namun begitu BN akan terus komited memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan.

"Kami bersedia mengetepikan perbezaan sentimen kami sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Iklan

Katanya lagi, BN mahu melihat hubungan yang baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

"Kami bersedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan ini," katanya.

Iklan

Selain itu, Ahmad Zahid memberitahu, BN akan memberikan tumpuan untuk mengembalikan kekuatan parti terutama menangani cabaran semasa dan keperluan generasi baharu.

Setakat jam 12 tengah malam, BN hanya memenangi 18 kerusi Parlimen manakala Pakatan Harapan dengan 65, Perikatan Nasional (43), Gabungan Parti Sarawak (21) dan Gabungan Rakyat Sabah (tiga).