PRU15: Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang milik PN

Iklan
Zulkafperi Hanapi, Muslimin Yahaya

SABAK BERNAM - Perikatan Nasional (PN) memenangi tiga kerusi Parlimen di Selangor Utara termasuk merampas kubu kuat BN di Parlimen Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon PN Parlimen Tanjong Karang, Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi menang di kerusi Parlimen Tanjong Karang selepas menewaskan calon BN, Datuk Habibah Mohd Yusof dan tiga calon lain dengan majoriti 2,180 undi.

Iklan
Iklan

Habibah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang meraih 15,874 undi, manakala calon Pakatan Harapan (PH), Siti Rahayu Bahari mendapat 12,314 undi.

Dua lagi calon iaitu Azlan Sani Zawawi dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memperoleh 3,557 sementara calon Bebas, Mohd Rosni Mastol memperoleh 1,406 undi.

Iklan

Kerusi Parlimen Tanjong Karang sebelum ini menjadi kubu kuat BN selepas dimenangi Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar daripada BN sejak enam penggal lalu.

Bagaimanapun Noh digugurkan dan tidak dicalonkan bagi mempertahankan kerusi itu pada PRU15.

Iklan

Sementara itu, calon PN Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan memenangi kerusi itu selepas memperoleh majoriti 5,056 undi.

Kalam memperoleh 17,973 undi menewaskan calon BN, Datuk Abd Rahman Bakri yang mendapat 12,917 undi dan Shamsul Ma'arif Ismail dari PH memperoleh 9,627 undi serta calon Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Seri Eizlan Yusof yang memperoleh 460 undi.

Sementara itu, di kerusi Parlimen Sungai Besar juga menyaksikan kemenangan calon PN apabila penyandangnya, Muslimin Yahaya memperoleh majoriti 2,721 undi.

Muslimin mendapat 19,791 undi, manakala calon PH, Saipolyazan M Yusof pula mendapat 17,070 undi, sementara calon BN, Datuk Seri Jamal Md Yunos pula sebanyak 13,984 undi serta calon Pejuang, Datuk Asmawar Samat mendapat 225 undi.