IPOH - Parlimen Pasir Salak yang dianggap kubu kuat BN akhirnya roboh apabila dirampas Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 5,003 undi.
Malah, percaturan Pakatan Harapan (PH) meletakkan anak Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Nik Omar tidak menjadi apabila hanya memperolehi 11,693 undi.