Jet pejuang iringi pesawat skuad bola sepak Piala Dunia

Iklan
Jet pejuang F-16 Poland mengiringi sebuah pesawat yang membawa skuad bola sepak Piala Dunia baru-baru ini. - Foto Twitter

WARSAW - Sebuah pesawat yang membawa skuad bola sepak Piala Dunia Poland diiringi oleh jet-jet pejuang negara itu, baru-baru ini.

Dua jet pejuang F-16 buatan Amerika Syarikat (AS) mengiringi pesawat berkenaan sehingga ke selatan negara tersebut.

Iklan
Iklan

"Kami telah diiringi ke sempadan selatan Poland dengan pesawat F16!” ciap akaun Twitter untuk pasukan bola sepak kebangsaan negara itu yang disiarkan baru-baru ini.

Selepas diiringi hingga ke sempadan negara berkenaan, pesawat yang membawa anggota-anggota bola sepak kebangsaan itu meneruskan penerbangan ke Qatar.

Iklan

Qatar merupakan negara Islam pertama menjadi tuan rumah kejohanan pusingan akhir bola sepak Piala Dunia yang akan bermula pada 20 November ini.

Pesawat itu diiringi jet-jet pejuang F-16 atas faktor-faktor keselamatan selepas sebuah peluru berpandu mendarat di sebuah kampung di Poland bersempadan dengan Ukraine pada Selasa lalu.

Iklan

Dalam kejadian itu, seramai dua lelaki terbunuh.

Bagaimanapun, Rusia menafikan pihaknya melancarkan serangan peluru berpandu itu. – Agensi