YAN - Seorang bekas pemandu teksi gembira apabila rumah yang dibina oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) siap dan boleh diduduki.
Alias Ibrahim, 51, yang dipilih sebagai penerima rumah Baiti Jannati bersyukur dan berterima kasih kepada TNB.
"Saya tidak mampu memiliki rumah sendiri dan menumpang di rumah mertua.
"Wang yang ada hanya untuk belanja sekolah anak dan perubatan saya," katanya ketika ditemui di Kampung Teroi Bukit, semalam.
Menurut Alias, dia menghidap masalah jantung sejak empat tahun lalu dan terpaksa berhenti kerja.
"Selepas berhenti kerja, saya ada dapat bantuan pejabat zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.
Majlis penyerahan rumah disempurnakan ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail.
Hadir sama, Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB Kedah, Ismail Latifhi Teh.