Jangan sebar fitnah di media sosial: MB Negeri Sembilan

Iklan
AMINUDDIN

SEREMBAN - Penjawat awam dinasihatkan supaya lebih beretika semasa membuat sebarang kenyataan mahupun hantaran di mana-mana media sosial.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, terdapat segelintir penjawat awam memuat naik sesuatu berita tanpa mendapatkan kesahihan dan fakta yang tepat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selaku penjawat awam, sudah pasti setiap status yang dimuat naik akan menjadi perhatian dan dibaca oleh orang ramai yang mana pembaca itu sendiri tidak tahu sama ada ia benar atau sebaliknya.

"Ingin saya nasihatkan kepada penjawat awam, jangan terlalu menjadikan media sosial itu sebagai tempat untuk sebarkan perkara yang tidak tepat.

Iklan

"Kita harus beretika dan memastikan setiap hantaran yang dimuat naik itu adalah sesuatu yang benar, tepat dan sahih sahaja. Jangan buat sesuatu mengikut perasaan sehingga melontarkan sesuatu tidak tepat yang mana boleh memberi kesan buruk kepada mereka yang difitnah," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di Wisma Negeri semalam.

Iklan

Katanya, teguran yang dibuat bukan hanya tertumpu kepada Jabatan Pendidikan sahaja, sebaliknya meliputi semua jabatan agensi kerajaan agar sama-sama membantu untuk mengemudi negeri ini jadi lebih baik dan cemerlang.

Pada majlis yang diadakan itu, seramai 187 kakitangan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018.