PRU15: Polis Terengganu buka tujuh kertas siasatan

Iklan
Polis Terengganu buka tujuh kertas siasatan susulan laporan yang diterima pada hari pengundian PRU15 pada Sabtu. - Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu membuka tujuh kertas siasatan susulan laporan yang diterima pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung di negeri ini pada Sabtu.

Ketua Urusetia PRU15 Polis Kontinjen Terengganu, Superintendan Mohd Aluwi Husain berkata, daripada jumlah itu tiga kes melibatkan Kuala Terengganu, manakala masing-masing satu di Besut, Kemaman, Dungun dan Marang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, secara keseluruhan proses PRU15 di Terengganu berjalan dengan baik tanpa kejadian atau insiden yang dapat menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Mohd Aluwi berkata, sehingga kini situasi negeri ini kekal berada dalam keadaan terkawal dan baik.

Iklan

"Polis akan terus memantau situasi semasa sehingga kerajaan Persekutuan terbentuk, orang ramai tidak perlu risau untuk menjalani aktiviti harian seperti biasa.

"Polis turut merakam penghargaan kepada semua agensi, petugas, calon, parti bertanding dan orang ramai yang memberi kerjasama yang baik sepanjang PRU15 berlangsung," katanya.

Iklan