KUALA LUMPUR - Pemimpin-pemimpin UMNO mula tiba di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn bagi menyertai dua mesyuarat penting susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Antara pemimpin yang kelihatan adalah Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Sumali Reduan; Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Iklan
Iklan
Mesyuarat Khas Biro Politik UMNO termasuk Pengerusi Perhubungan Negeri diadakan pada jam 12 tengah hari bertempat di Aras 38 Menara Dato Onn.
Ia akan disusuli Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada jam 3 petang, di Aras 39.
Mesyuarat berkenaan berkemungkinan bagi membincangkan keputusan PRU15 yang dilihat tidak memihak kepada BN serta kemungkinan kerjasama bagi membentuk kerajaan.
Mesyuarat Majlis Tertinggi BN pula dijangka akan diadakan pada jam 8 malam.