PIALA Dunia Qatar 2022 merupakan penampilan kali keenam Iran kendalian Carlos Queiroz yang diundi dalam Kumpulan B bersama England, Amerika Syarikat dan Wales.
Prestasi Team Melli sepanjang mara ke pusingan akhir masih belum memuaskan apabila sekadar berlegar di fasa peringkat kumpulan.
Bagaimanapun di Qatar kali ini kuasa bola sepak Asia itu menjanjikan saingan lebih sengit dalam memastikan pasukan melepasi fasa kumpulan.
"Minggu ini tumpuan para pemain adalah untuk cuba melepasi fasa kumpulan buat kali pertama dalam sejarah sepanjang penyertaan Iran.
"Apa yang saya pelajari sentiasa menghormati jersi, menghormati pasukan Melli dengan beraksi sepenuh jiwa dalam sebarang situasi.
"Pada penghujung hari, apabila bola sepak bersatu, ia boleh menghadirkan kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua orang," kata pemain tengah Iran, Alireza Jahanbakhsh yang kini bersama sensasi Eredivisie Belanda, Feyenoord Rotterdam.
Iran menyingkap tirai Qatar 2022 apabila dijadualkan berdepan England dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Antarabangsa Khalifa, pada 21 November ini.
Untuk rekod, penampilan terbaik Iran adalah pada Piala Dunia Rusia 2018 yang hampir menyaksikan pasukan itu lolos ke peringkat kalah mati.
Diundi dalam Kumpulan B bersama Sepanyol, Portugal dan Maghribi, hasil tiga perlawanan Iran meraih satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.
Iran yang memerlukan satu mata untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik terpaksa akur perjuangan di Rusia 2018 berakhir di peringkat kumpulan, walaupun meraih kutipan mata terbanyak sepanjang penyertaan di pusingan akhir Piala Dunia.
SKUAD PIALA DUNIA QATAR 2022: IRAN
Penjaga gol: Kiper: Alireza Beiranvand (Persepolis), Amir Abedzadeh (Ponferradina), Seyed Hossein Hosseini (Esteghlal), Payam Niazmand (Sepahan).
Pertahanan: Ehsan Hajsafi (AEK Athens), Morteza Pouraliganji (Persepolis), Ramin Rezaeian (Sepahan), Milad Mohammadi (AEK Athens), Hossein Kanaanizadegan (Al Ahli), Shojae Khalilzadeh (Al Ahli), Sadegh Moharrami (Dinamo Zagreb), Rouzbeh Cheshmi (Esteghlal), Majid Hosseini (Kayserispor), Abolfazl Jalali (Esteghlal).
Pemain Tengah: Ahmad Noorollahi (Shabab Al Ahli), Saman Ghoddos (Brentford), Vahid Amiri (Persepolis), Saeid Ezatolahi (Vejle), Alireza Jahanbakhsh (Feyenoord), Mehdi Torabi (Persepolis), Ali Gholizadeh (Charleroi), Ali Karimi (Kayserispor).
Penyerang: Karim Ansarifard (Omonia Nicosia), Sardar Azmoun (Bayer Leverkusen), Mehdi Taremi (Porto).