Akaun Twitter Trump dikembali, kumpul lebih banyak pengikut

Iklan
Donald Trump. - AFP

WASHINGTON - Akaun Twitter Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semakin pantas mengumpul pengikut dengan 1.3 juta pengikut baharu direkodkan dalam tempoh 40 minit sahaja, lapor Sputnik.

Pada Sabtu, Twitter menarik balik sekatan terhadap akaun Trump yang disekat sejak tahun lalu berikutan peristiwa 6 Januari 2021 di Capitol AS.

Iklan
Iklan

Akaun Twitter @realDonaldTrump kini mempunyai lebih 1.9 juta pengikut, walaupun Trump sendiri belum menulis sebarang ciapan baharu.

Sebelum ini akaun itu hanya mempunyai lebih 320,000 pengikut.

Iklan

Ketika akaun Trump disekat pada 8 Januari 2021 akaun itu mempunyai hampir 90 juta pengikut.

Trump telah disekat daripada Twitter dan Facebook selepas kejadian rusuhan Capitol pada 6 Januari 2021.

Iklan

Platform berkenaan menganggap hantaran Trump mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan dan melanggar dasar mereka.

Bekas presiden itu kemudiannya melancarkan rangkaian sosial baharu Truth Social bagi melawan tapisan Big Tech dan melindungi hak kebebasan bersuara. - Bernama