PRU15: Pengundi muda rujuk media sosial sebelum pangkah

Iklan
Siti Wahidah (kiri) bersama rakannya, Nur Farhanah Nasir selepa mengundi di SK Geting pada Sabtu.

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Pengundi muda dikatakan antara faktor berlaku perubahan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu.

Ada penganalisis dan ahli politik yang berpendapat golongan ini dipengaruhi ahli keluarga untuk membuat pilihan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun beberapa pengundi muda yang ditemui mengakui media sosial menjadi pengaruh besar sebagai rujukan mereka sebelum membuat keputusan.

Pelajar Institut Pendidikan Guru, Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Nurin Atiqah Aznan, 22, berkata, pilihannya bukan atas faktor keluarga tetapi muktamad dengan pilihan sendiri.

Iklan

Nurin Atiqah turut mengakui tidak mengenali calon tetapi ada melakukan carian di media sosial.

"Saya ada melihat calon PRU15 yang berkempen di TikTok, selain rakan-rakan yang saya anggap mempunyai pengetahuan mendalam mengenai politik.

Iklan

"Mereka berkongsi hala tuju dan manifesto calon dan daripada situ saya boleh membuat pilihan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Nurin Atiqah yang kebetulan berada dalam cuti semester tidak mempunyai masalah untuk keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Geting, Tumpat.

Bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat, Siti Nor Wahidah Mohd Rodi, 18, mengambil pengajaran daripada mata pelajaran Sejarah di sekolah untuk membuat pilihan.

Katanya, sejarah sudah membuktikan banyak negara yang runtuh akibat ketidaksefahaman rakyat dan berlaku penjajahan.

Siti Wahidah yang menjalankan tanggungjawabnya di SK Geting turut melihat media sosial dan membuat kajian ringkas sebelum memilih pemimpin di Parlimen Tumpat.

"Saya membuka TikTok dan Twitter yang banyak menjadi platform kepada ramai ahli politik untuk berkempen dan berkenalan dengan rakyat," katanya.

Sementara itu, kakitangan badan berkanun, Abdul Halim Nordin, 23, mengakui tidak mengenali lambang calon lain yang bertanding tetapi sudah biasa melihat Pas dan BN.

Abdul Halim juga menggunakan media sosial untuk mengenali calon selain membaca komen netizen sebelum memberi maklum balas.

"Bagaimanapun, paling penting apabila diberi tanggungjawab sebagai pemimpin, mereka boleh turun padang bersama dan bertemu golongan muda selain tidak terpalit dengan rasuah," katanya.

Abdul Hakim yang mengundi di sekolah Kebangsaan Bunut Payong siap pada jam 8.10 pagi.

"Saya memang bersemangat untuk keluar mengundi tetapi pilihan memang tidak berkaitan dengan keluarga malah saya masih tidak boleh membuat keputusan ketika masuk di tempat membuang undi," katanya.

Abdul Halim berharap pemimpin yang menjadi pilihan melakukan tugasan penuh amanah dan berintegriti.