PRU15: Cikgu Shukri bakal MB Perlis

Iklan
Mohd Shukri

KANGAR - Spekulasi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Mohd Shukri Ramli bakal dilantik sebagai Menteri Besar Perlis baharu bertiup kencang apabila dikatakan menjadi satu-satunya calon Pas selepas gabungan itu berjaya menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pesuruhjaya Pas negeri yang berjaya mengekalkan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang itu dijangka mendapat surat watikah pelantikan sebagai menteri besar pada petang Ahad.

Iklan
Iklan

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin secara ringkas mengesahkan Mohd Shukri adalah calon yang akan diketengahkan sebagai menteri besar.

Mohd Shukri (tiga dari kanan) bersama wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) yang dipilih rakyat Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sementara itu, Mohd Shukri yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Shukri berkata, beliau sendiri tidak tahu siapa menteri besar baharu yang dipilih oleh Pas Pusat.

Iklan

"Saya betul-betul tidak tahu kerana lantikan dibuat oleh pusat (Pas). Kena tunggu watikah sampai petang ini.

Mohd Shukri, 66, sebelum ini menjadi guru dari 1985 sehingga 2013 disifatkan sebagai seorang pemimpin yang sangat dihormati, mesra dan berjiwa rakyat.

Iklan

Kejayaan PN membentuk kerajaan negeri bakal menyaksikan wakil daripada Pas buat pertama kalinya akan memegang jawatan tersebut selepas 65 tahun dikuasai kerajaan BN.

Keputusan PRU15 menyaksikan PN berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga setelah menguasai 14 daripada 15 kerusi DUN.

PN juga menyapu bersih kesemua tiga kerusi Parlimen di negeri ini.