'Ternyata bumi dipijak milik orang' - Rani Kulup

Iklan
Status Abdul Rani Kulup di Facebooknya.

PORT DICKSON - Walaupun kalah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), calon Bebas Parlimen Port Dickson, Abdul Rani Kulup Abdullah tetap menganggap dirinya berani.

Menerusi status di laman sosial Facebooknya Abdul Rani menjelaskan dirinya dikategorikan sebagai berani iaitu 'berani kalah' namun mengekalkan tagline 'kipidap' dan 'don't give up'.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, melihat ruangan komen, Abdul Rani berkata, menerima secara terbuka kekalahannya di Parlimen Port Dickson pada pilihan raya ini selain mengakui kalah menang merupakan adat orang bertanding.

"Tetapi mungkin ayah bertanding atas personal iaitu Bebas, kalau ayah bertanding atas tiket parti mungkin kot menang. Nampaknya kita terpaksa terima nasib, bumi di pijak milik orang," katanya.

Iklan

Sementara itu, calon Pejuang Parlimen Port Dickson, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang turut tewas pada PRU15 menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.

"Alhamdulillah semalam rakyat Malaysia telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam PRU15. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga Port Dickson yang telah memberikan kepercayaan kepada saya dengan undi kalian.

Iklan

"Saya akan terus menggerakkan usaha yang telah saya mulakan di sini.

"Sebagai Penyelaras Gerakan Tanah Air (GTA) Parlimen Port Dickson, saya komited untuk menjadikan daerah ini sebagai Hab Pendidikan Khas dan akan berperanan sebagai pendesak kepada masyarakat disini," katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

Ahmad Idham mengakui menerima kekalahan dengan hati terbuka. - Foto FB Dr Ahmad Idham

Pada PRU15, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berjaya mempertahankan penguasaan Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Port Dickson dengan majoriti 23,601 undi.

Naib Presiden PKR itu mendapat 42,013 undi menewaskan pencabarnya, Datuk P Kamalanthan (BN) yang memperoleh 18,412 undi dan Rafiei Mustapha (Perikatan Nasional) memperoleh 18,235 undi.

Selain itu, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri (Pejuang) memperoleh 1,084 undi dan Abdul Rani Kulup Abdullah (Bebas) hanya memperoleh 441 undi.