PRU15: Gabungan parti dibentuk perlu wujud kerajaan stabil

Iklan
Dr Ahmad Martada

SHAH ALAM - Mana-mana gabungan parti politik yang terbentuk untuk menjadi kerajaan perlu mewujudkan kerajaan stabil selain memastikan kestabilan politik pada jangka masa lama.

Penganalisis Politik, Profesor Dr Ahmad Martada Mohamed berpandangan kerajaan itu tidak boleh setakat bertahan dalam tempoh beberapa bulan atau setahun namun berupaya menjadi kerajaan lebih stabil hingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Iklan
Iklan

"Bagi saya sudah tentu sekarang ini setiap pemimpin parti mula mencari apakah bentuk gabungan yang mereka inginkan

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis program Sinar Live bertajuk Siapa Sangka Siapa Duga yang dikendalikan hos Fahiz Ariff.

Iklan

Program itu disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian pada Ahad turut menampilkan Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Madya Dr Hamdan Mohd Salleh.

Dr Ahmad Martada (kanan) ketika menjadi panelis program Sinar Live bertajuk Siapa Sangka Siapa Duga yang dikendalikan hos Fahiz Ariff pada Ahad

Mengulas mengenai soal kepentingan rakyat dan kestabilan politik, beliau berkata, kecelaruan politik telah memberi tekanan kepada masyarakat kerana mereka terpaksa berhadapan dengan kerenah ahli-ahli politik terbabit.

Iklan

"Ia beri tekanan kehidupan, kos sara hidup meningkat, kelembapan ekonomi dan ketidakstabilan serta pelaburan asing berkurang.

"Perkara-perkara ini perlu diambil perhatian ahli politik supaya percaturan politik tidak beri kesan pada rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menambah melihat keadaan semasa sememangnya tiada satu parti pun atau gabungan yang boleh membentuk kerajaan.

"Bagaimanapun kita lihat apabila tak ada satu gabungan berupaya membentuk kerajaan sudah pasti akan berlaku keadaan di mana gabungan-gabungan ini akan berbincang dan akan menentukan apakah kerajaan campuran dibentuk itu berupaya untuk mendapat majoriti.

"Sudah tentu apabila setiap percaturan itu dibawa untuk pengetahuan ataupun perbincangan dengan Yang di-Pertuan Agong yang akan mengambil kira dari pelbagai sudut dan paling utama adalah kestabilan kerajaan yang akan dibentuk nanti.

"Kita tidak mahu kalau setakat mereka hanya mempunyai majoriti mudah kerana kemungkinan itu boleh berlaku di mana apabila sokongan wakil rakyat itu ditarik ketika membuat undi tidak percaya maka kerajaan tersebut akan tumbang,” jelasnya.