Kerajaan baharu 'confirm' tanpa PH: Ahmad Fadhli

Iklan
Ahmad Fadhli ketika ditemui pemberita di luar kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini.

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari mengesahkan perbincangan untuk membentuk kerajaan oleh gabungan itu tidak melibatkan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, ketika ini perbincangan masih lagi berjalan, namun ia hampir selesai.

Iklan
Iklan

"Kita sedia dengan pelbagai kemungkinan (tetapi) yang confirm (pasti) tidak libatkan PH," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini.

Kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara di sini menjadi tumpuan media sejak tengah hari Ahad.

Iklan

Ia bagi menantikan perkembangan pembentukan kerajaan baharu yang masih lagi tergantung.

Iklan