Bashir perlu dibawa ke ICC

Iklan
Omar al-Bashir

LONDON - ENGLAND. Bekas presiden Sudan Omar al-Bashir yang digulingkan tentera perlu dirujuk ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), kata Amnesty International.

Kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di London itu juga mendesak pihak berkuasa tentera memastikan perintah darurat baharu tidak menjejaskan kebebasan awam.

Iklan
Iklan

"Bashir dikehendaki atas pelanggaran hak asasi manusia paling keji dalam generasi kita, dan dia perlu pastikan dia dipertanggungjawabkan,” kata Setiausaha Agung Amnesty Kumi Naidoo dalam satu kenyataan.

Tambahnya:"Pihak berkuasa Sudan sekarang harus bawa Bashir ke ICC supaya mangsa jenayahnya dapat melihat keadilan ditegakkan.”

Iklan
Iklan

Bekas presiden berusia 75 tahun itu dikehendaki ICC di The Hague atas dakwaan melakukan genosid dan jenayah perang. - AFP