Malar tunai janji jadi orang pertama

Iklan
Malar mengotakan janji menjadi orang pertama sampai di pusat mengundi di SRJK (C) Rantau, hari ini.- Foto Sinar Harian

SEREMBAN - Calon Bebas, R Malar memenuhi janjinya untuk menjadi orang pertama sampai di pusat mengundi di SRJK (C) Rantau, hari ini.

Suri rumah itu tiba seawal jam 6.40 pagi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi PRK DUN Rantau.

Iklan
Iklan

Seperti biasa beliau begitu bersemangat dan sempat berkongsi, suaminya yang menyediakan sarapan pagi, hari ini.