PRU15: Pemimpin kanan UMNO juga perlu ambil tanggungjawab - KJ

Iklan
Hantaran di instagram Khairy Jamaluddin.

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyokong gesaan agar Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan seperti yang dilakukan oleh bekas Ketua Penerangannya, Shahril Sufian Hamdan dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Khairy berkata, gesaan yang dibuat oleh Shahril dan Onn Hafiz adalah betul.

Iklan
Iklan

"Sekarang pemimpin kanan juga perlu ikut. Takkan tengok sahaja? Menang sorak di WTC (Pusat Dagangan Dunia), negara tergadai," katanya pada Ahad.

Shahril Sufian pada Ahad mengumumkan meletak jawatan Ketua Penerangan UMNO dan mendesak Ahmad Zahid berundur secara terhormat susulan prestasi buruk parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Iklan

Perkara sama dinyatakan Onn Hafiz yang menggesa Ahmad Zahid mengundurkan diri dengan segera sebagai tanggungjawab atas kekalahan BN dan UMNO yang mencatat prestasi terburuk pada PRU15.

Keputusan PRU15 yang diumumkan sehingga awal pagi Ahad, BN dilaporkan hanya memenangi 30 kerusi Parlimen, jumlah kerusi lebih rendah berbanding dicapai mereka pada PRU14.

Iklan

Mengikut keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) beberapa kerusi yang dimenangi UMNO dalam PRU14 lalu termasuk kubu kuat mereka tewas dan beralih ke Perikatan Nasional (PN).