Giliran KJ desak Ahmad Zahid letak jawatan

Iklan
Khairy Jamaluddin

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur selepas prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengambil contoh kekalahan dalam peperangan, Khairy berkata, panglima besar mesti bermaruah untuk mengambil tanggungjawab.

Iklan
Iklan

"Lebih-lebih lagi bila strategi perang diatur oleh panglima besar telah sebabkan ramai soldadu di medan tersungkur," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Ahad.

Dalam keputusan PRU15, BN hanya mampu memenangi 30 kerusi dan ia lebih buruk daripada prestasi PRU14 79 kerusi Parlimen.

Iklan

Ujar Khairy, reformasi UMNO tidak boleh ditangguhkan lagi.

"Presiden mesti undur. Sekarang. Reformasi UMNO tidak boleh ditangguh lagi," katanya.

Iklan