KUANTAN - Tiga kertas siasatan telah dibuka berhubung tindakan dua lelaki yang dikatakan telah menimbulkan kekecohan di pusat mengundi di Balai Raya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Lebak Seberang, Temerloh.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kertas siasatan itu dibuka selepas menerima tiga laporan yang dibuat mereka yang terlibat di Balai Polis daerah Temerloh, jam 9.30 malam pada Sabtu.