PIALA Dunia Qatar 2022 akhirnya membuka tirai secara rasmi dengan penuh gemilang di Stadium Al Bayt pada Ahad.
"Dari Qatar, dari dunia Arab, saya mengalu-alukan kedatangan semua orang ke Piala Dunia Qatar 2022.
"Betapa indahnya semua orang dapat mengetepikan segala perbezaan bagi meraikan apa yang menyatukan kita semua dalam sukan bola sepak," kata Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani semasa merasmikan kejuaraan bola sepak berprestij dunia itu.
Sheikh Tamim dan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino sebelum itu disambut meriah para penonton di Stadium Al Bayt.
Putera Mahkota Arab Saudi dan presiden Mesir, Turki serta Algeria, antara yang hadir menyaksikan acara pembukaan sebelum perlawanan peringkat kumpulan Qatar menentang Ecuador.
Bintang K-Pop Korea Selatan dari kumpulan BTS, Jungkook
bersama penyanyi Qatar, Fahad Al-Kubaisi menyanyikan lagu tema kejohanan berjudul Dreamers
Pertunjukan 30 minit tujuh babak itu, turut menampilkan pelakon Amerika Syarikat, Morgan Freeman dan ratusan penghibur lain, memberi penghormatan kepada semua 32 negara yang mengambil bahagian, tuan rumah dan sukarelawan kejohanan.