Parlimen tergantung heret niaga hadapan FBM KLCI rendah

Iklan
Gambar hiasan
KONTRAK niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan lebih rendah pada sesi awal dagangan hari ini.

Pada 9.33 pagi, kontrak-kontrak November 2022 dan Disember 2022 masing-masing kerugian 19.5 mata untuk mencatatkan paras 1,430.0 dan 1,430.5, manakala Mac 2023 turun 23.0 mata menjadi 1,420.0 dan Jun 2023 susut 28 mata kepada 1,415.0.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 4,027 lot, manakala kepentingan terbuka 36,921 kontrak.

Selepas 35 minit dagangan, penanda aras FBM KLCI susut sebanyak 14.87 mata kepada 1,434.45 berbanding 1,449.32 penutup Khamis.

Pasaran tempatan ditutup pada Jumaat (18 November) bersempena dengan pilihan raya umum. - Bernama