BN ada peluang lebih baik bersama PH

Iklan
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Peluang BN bersama dengan Pakatan Harapan (PH) baik untuk masa depan parti itu.

Menurut satu sumber, BN masih ada peluang untuk kembali merampas kerusi-kerusi di kawasan pengundi Melayu yang tidak dikuasai oleh PH.

Iklan
Iklan

"Jika bersama dengan Perikatan Nasional (PN), kita akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan kembali kerusi-kerusi majoriti Melayu ini pada masa depan.

"Jadi adalah amat strategik sekiranya BN pilih untuk bersama PH sebenarnya," katanya pemimpin muda dalam UMNO itu.

Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata, imej ekstremis pada PN juga tidak bagus untuk BN yang merupakan sebuah parti yang bersifat moderat.

"Kami melihat pemimpin Pas yang menang banyak kerusi Parlimen adalah terdiri dari mereka yang ekstrim jadi ini yang kita bimbang," katanya.

Iklan

Pada Sabtu lalu, BN berjaya memenangi sebanyak 30 kerusi Parlimen dan dianggap sebagai prestasi paling buruk dalam sejarah.

Bagaimanapun, tiada mana-mana parti yang mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan.

Atas sebab itu, BN kini menjadi penentu bagi mewujudkan sebuah kerajaan baharu dengan jumlah kerusi yang mereka ada.

Pada ketika ini, PH mempunyai sebanyak 82 kerusi manakala PN mempunyai 73 kerusi.

Bagi membentuk kerajaan, sesebuah parti memerlukan sebanyak 112 kerusi Parlimen.