Ahli Parlimen BN tandatangani perjanjian sebelum jadi calon

Iklan
Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan semua ahli Parlimen BN telah menandatangani perjanjian tertentu sebelum menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata demikian ketika menjawab secara ringkas pertanyaan mengenai status ahli Parlimen BN yang enggan mengikuti hala tuju Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun intipati perjanjian tersebut tidak diperincikan secara lanjut.

"Tetapi dia (Ahmad Zahid) selalu buat perbincangan. Semalam (Ahad) pun Presiden buat perbincangan dengan biro politik yang dihadiri semua Pengerusi Perhubungan.

Iklan

"Seramai 13 Pengerusi Perhubungan hadir semalam (Ahad) termasuk Timbalan Presiden," katanya ketika ditemui pemberita di salah sebuah hotel di sini pada Isnin.

Ahmad Maslan berkata, beliau mendapat jemputan untuk menghadiri pertemuan bersama semua ahli Parlimen BN termasuk Presiden pada pagi Isnin.

Iklan

Bagaimanapun beliau tidak menjawab pertanyaan mengenai kepastian sama ada semua ahli Parlimen BN akan hadir dalam pertemuan itu.

Pada Ahad media melaporkan, pimpinan PH dan BN bakal mengadakan pertemuan rahsia di Hotel Seri Pacific, kira-kira jam 10 pagi tadi, bagaimanapun perincian pertemuan itu tidak didedahkan.

Sementara itu, Ahmad Zahid menafikan BN berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan berhubung penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).