Jika menang, hadiah ulang tahun perkahwinan buat Streram

Iklan
Streram bercakap kepada pemberita selepas selesai mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Rantau, di sini, hari ini. - Foto Adam Amir Hamzah

SEREMBAN - Tarikh 13 April amat istimewa buat calon PH, Dr S Streram kerana selain tarikh mengundi PRK DUN Rantau, beliau juga menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-34, hari ini.

Menurut Streram, sekiranya beliau menang, ia akan menjadi hadiah paling bermakna bermakna buat isteri, R Pushpagandy, 60, dan anak-anaknya.

Iklan
Iklan

"Hari ini saya rasa sangat gembira dapat mengundi dan semoga keputusan berpihak kepada saya dan PH.

"Apa juga keputusan saya terima dengan hati terbuka. Tetapi jika menang saya anggap ia sebagai hadiah untuk isteri dan anak-anak," katanya kepada media selepas mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Rantau, di sini, hari ini.

Iklan

Katanya, beliau juga berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian setakat ini.

PRK DUN Rantau menyaksikan persaingan empat penjuru antara Streram; calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; serta dua calon Bebas; R Malar dan Mohd Noor Yassin.

Iklan

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 20,926 orang pemilih berdaftar, terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, 118 pengundi awal dan empat orang pengundi tidak hadir luar negara.

Sebanyak 16 buah pusat mengundi merangkumi 55 saluran dengan 11 daripadanya saluran baharu yang ditambah disediakan untuk kemudahan mengundi hari ini.