JAKARTA - Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan wilayah barat Indonesia di Jawa Barat pada Isnin dan gegaran kuat dirasai di Jakarta hingga mencetuskan panik, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.
Gempa berlaku pada 13.21 waktu tempatan (0621 GMT) dengan pusat gempa terletak 10 kilometer (km) dari barat daya daerah Cianjur di wilayah Jawa Barat dengan kedalaman 10 km, menurut agensi itu.