Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan Datuk Seri Saarani Mohamad menandatangani surat pelantikan selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah hari ini.
Perak menjadi negeri pertama yang menteri besarnya mengangkat sumpah selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu. - Foto Bernama