Piala Dunia: Wales ikat AS 1-1

Iklan
Bale (depan) menjaringkan satu gol ketika membantu Wales mengikat AS 1-1. - Foto Agensi

SEPAKAN penalti, Gareth Bale membantu Wales mengikat Amerika Syarikat (AS) 1-1 pada aksi pertama Kumpula B saingan Piala Dunia di Stadium Ahmad Ali, Doha pada Selasa.

Keputusan tersebut sebagai permulaan positif buat Wales yang membuat penampilan pertama di pentas berprestij itu sejak 64 tahun lalu.

Iklan
Iklan

AS terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Timothy Weah pada minit ke-36.

Wales bagaimanpun bangkit pada lapan minit terakhir perlawanan apabila Bale meledak menerusi sepakan penalti.

Iklan

"Ia bukan babak pertama yang baik, mereka bermain dengan baik dan kami pula sebaliknya.

"Namum pemain terus berjuang serta bersaing seperti mana kami sering lakukan.

Iklan

"Permulaan yang hebat untuk menggambarkan di mana kami berada, kami menunjukkan karakter seperti di EURO 2020," kata Bale.

Pengurus Wales, Rob Page berharap para pemain dapat mengulangi kejayaan di EURO 2020 ketika mereka berada di tempat kedua kumpulan selepas memulakan saingan terikat 1-1 dengan Switzerland.

"Bangkit selepas ketinggalan satu gol menentang pasukan sangat bagus seperti AS. Ia hampir sama seperti EURO.

"Kami menunjukkan karakter dan kesungguhan. Penting memulakan kejohanan untuk tidak tewas, jadi kredit kepada pemain," kata Page.

Selepas ini Wales akan menentang Iran yang tewas 2-6 kepada England pada 25 November.