Sean Turnell anggap Myanmar diperintah manusia dungu

Iklan
Turnell disatukan semula dengan isteri, Ha Vu selepas ditahan hampir 21 bulan di penjara Myanmar.

CANBERRA - Ahli ekonomi Australia yang ditahan di Myanmar menganggap negara dilanda konflik itu diperintah oleh sekumpulan manusia dungu.

Sean Turnell dibebaskan pada Khamis lalu selepas menghabiskan 650 hari di Penjara Insein.

Iklan
Iklan

Pembebasannya adalah sebahagian daripada pengampunan junta terhadap 5,774 banduan sempena Hari Kebangsaan Myanmar kononnya dibuat atas dasar kemanusiaan.

Selain Turnell, tiga lagi warga asing yang dibebaskan ialah bekas duta Britain, Vicky Bowman; wartawan Jepun, Toru Kubota dan ahli botani warga Amerika Syarikat (AS), Kyaw Htay Oo.

Iklan

Turnell yang juga bekas penasihat ekonomi pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dijatuhi hukuman tiga tahun penjara selepas disabit bersalah Melanggar Akta Rahsia Rasmi yang digubal semasa era kolonial.

"Situasi di Myanmar adalah satu tragedi kerana rakyat negara itu diperintah oleh manusia dungu.

Iklan

"Lebih malang lagi, individu-individu dungu ini adalah jenis manusia yang suka mengambil kesempatan.

"Kehidupan rakyat Myanmar semakin sengsara sejak junta mengambil alih pentadbiran negara," ujar Turnell yang kini disatukan semula dengan isteri dan ahli keluarganya yang lain di Sydney.

Profesor madya dalam bidang ekonomi dari Universiti Macquarie, Sydney itu menafikan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya termasuk dakwaan melanggar undang-undang imigresen ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan di mahkamah junta pada Ogos lalu.

Kurang sebulan sebelum peristiwa penahanannya, Turnell kembali ke Myanmar dari Australia untuk bertugas sebagai perunding khas kepada Suu Kyi.

Ketika menyandang jawatan sebagai Pengarah Institut Pembangunan Myanmar, beliau sudah pun tinggal di Naypyitaw selama beberapa tahun.

Australia dan kumpulan hak asasi manusia menganggap penahanan Turnell di Myanmar adalah tidak adil dan perbicaraannya di mahkamah junta tidak sah. - Agensi