Rumah Muhyiddin jadi tumpuan pemimpin PN

Iklan
Deretan kenderaan yang diiringi kereta polis dilihat memasuki kediaman Muhyiddin pada jam 9.50 pagi.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilihat memasuki kediaman Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menaiki kereta jenis BMW pada jam 10.05 pagi di sini pada Selasa.

Beliau bagaimanapun tidak memberi sebarang komen kepada petugas media yang menunggu sejak awal pagi.

Iklan
Iklan

Sementara itu, deretan kenderaan yang diiringi kereta polis dilihat memasuki kediaman Muhyiddin pada jam 9.50 pagi.

Kenderaan berkenaan antaran dipercayai membawa Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Iklan

Kediaman Muhyiddin terus menjadi tumpuan media bagi mendapatkan perkembangan proses pembetukan kerajaan menerusi gabungan parti-parti politik susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada mana-mana gabungan parti yang memperoleh majoriti sekurang-kurangnya 50 peratus untuk membentuk kerajaan.

Cuaca hujan renyai tidak menghalang para petugas media yang menunggu seawal jam 8.30 pagi untuk berganjak dari lokasi.

Iklan

Pada Isnin Istana Negara mengumumkan tarikh akhir untuk parti politik menghantar nombor gabungan dan calon untuk jawatan Perdana Menteri ditangguhkan kepada 2 petang Selasa.

Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata PN telah menyerahkan surat akuan berkanun (SD) daripada Ahli Parlimen kepada Istana Negara.