[VIDEO] 'Saya pergi kerja' - Anwar

Iklan
Anwar melambai kepada petugas media ketika menaiki sebuah kereta keluar dari kediamannya di Cheras, Kuala Lumpur pagi tadi.

KUALA LUMPUR -"Pergi kerja." Demikian jawapan ringkas Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya petugas media semasa keluar menaiki sebuah kenderaan dari kediamannya di Cheras di sini pagi tadi.

Beliau yang menaiki kenderaan jenis BMW berwarna hitam keluar dari kediamannya kira-kira jam 10.56 pagi tadi.

Iklan
Iklan

"Pergi kerja, pergi ofis(pejabat)," katanya ringkas ketika ditanya petugas media di hadapan kediamannya di sini pagi ini.

Petugas media dari beberapa agensi hadir seawal jam 5 pagi di sekitar kawasan pintu masuk perumahan yang didiami Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan situasi berkaitan pembentukan kerajaan yang dijangka pada hari ini.

Iklan

Berdasarkan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), tiada mana-mana gabungan parti berjaya memperoleh majoriti 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan untuk membentuk kerajaan.

Iklan