SHAH ALAM - Sebanyak 28 kes baharu demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-46 (13 November sehingga 19 November) menjadikan kes kumulatif sebanyak 593 kes bagi daerah Hulu Selangor.
Berdasarkan info dimuat naik di laman Facebook Unit Promosi Kesihatan Hulu Selangor memaklumkan, Batang Kali menunjukkan laporan kes paling tinggi dengan 46 kes dan diletakkan dalam senarai lokaliti wabak ‘hotspot’.