Air pasang besar dijangka landa Klang

Iklan
Air pasang besar dijangka berlaku di Klang.

SHAH ALAM - Fenomena air pasang besar dijangka melanda daerah Klang mulai Selasa hingga Ahad dengan jangkaan bacaan paras air laut tertinggi berlaku pada Khamis dan Jumaat ini.

Pejabat Daerah dan Tanah Klang menerusi laman Facebooknya memaklumkan orang ramai diminta berwaspada kerana berisiko menyebabkan bencana banjir dan runtuhan ban.

Iklan
Iklan

"Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang (JPBD) mengingatkan semua warga Klang untuk sentiasa peka dan cakna dengan keadaan semasa alam sekeliling.

"Sentiasa dapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan lanjut pihak agensi kerajaan bertanggungjawab. Bilik gerakan bencana turut dibuka mulai 22 hingga 27 November,” kata kenyataan.

Iklan
Iklan

Menerusi info grafik yang turut dimuat naik di laman sosial itu, paras air laut tertinggi dijangka berlaku pada Khamis dan Jumaat dengan jangkaan bacaan paras air laut setinggi 5.3 meter.