'Pilihan hati sudah ada' - Saravanan

Iklan
Saravanan - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan memaklumkan bahawa ‘pilihan hati’ sudah ada berhubung gabungan melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan BN untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Memetik laporan Astro Awani, beliau berkata, bagaimanapun perkara tersebut masih memerlukan persetujuan daripada parti.

Iklan
Iklan

"Pilihan hati sudah ada tetapi kena tengok pilihan parti,” katanya kepada media di Menara Dato’ Onn pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media mengenai pendiriannya berkaitan dengan gabungan tersebut.

Iklan

Beberapa pimpinan parti BN dilihat memasuki Menara Dato' Onn pada Selasa sejak jam 9.40 pagi.

Difahamkan pertemuan pada hari ini adalah bagi memuktamadkan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan BN dalam membentuk Kerajaan Persekutuan.

Iklan

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula tidak menolak kemungkinan antara agenda Mesyuarat Dewan Tertinggi BN ialah menyentuh mengenai surat akuan berkanun (SD).

"(Agenda utama pasal SD) Mungkin. Agenda utama (adalah) pasal parti,” ujarnya.