Lebih elok BN jadi pembangkang: Hishammuddin

Iklan
Hishammuddin


SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berpendapat BN harus berperanan sebagai pembangkang sekiranya tiada kata putus yang diperoleh bagi membentuk kerajaan.

Menurutnya, beliau juga bersedia menjadi pembangkang di Dewan Rakyat dan menegaskan dalam apa jua formula atau rundingan, pendiriannya jelas dan tidak akan berkompromi.

Sebelum ini, Hishammuddin menyatakan beliau rela dipecat oleh parti daripada menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau tidak akan sesekali mengubah pendirian berhubung penolakan untuk bekerjasama dengan PH.

Dalam keputusan PRU15 pada Sabtu, BN kalah teruk di peringkat Parlimen dengan memperoleh 30 kerusi selain turut tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Perak dan Pahang.