'Pemuda PN tidak pernah bawa naratif berbaur perkauman'

Iklan
Mohd Ashraf Mustaqim

SHAH ALAM - Pemuda Perikatan Nasional (PN) menegaskan gabungan parti tu tidak pernah sama sekali membawa naratif berbaur perkauman sebaliknya menolak budaya memecah belahkan kaum dan agama.

Timbalan Ketua Penerangan 1 PN, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, teras yang didakap menerusi Rukun Negara adalah sandaran bagi setiap anggota dalam parti.

Iklan
Iklan

"Jelas dalam PN ada berbilang kaum dan agama serta pegangan yang saling menghormati sebegitu atas semangat integrasi, kemakmuran dan konsosiasionalisme politik selaku teras.

"Islam melarang sama sekali penganutnya untuk berbuat rasis terhadap kepercayaan lain dalam dunia selain teras yang didakap menerusi Rukun Negara adalah sandaran kami," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani pada Isnin berkata, polis memberi peringatan dan penegasan kepada pengguna media sosial agar mengekang diri daripada menyalahgunakan platform tersebut.

Katanya, polis juga mengeluarkan amaran ekoran banyak kandungan media sosial menyentuh sentimen perkauman dan keagamaan serta menghina institusi diraja sejak PRU15 berlangsung.

Iklan

Bagaimanapun beliau yang juga Ketua Penerangan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, tidak dinafikan kadang-kadang ada dalam kalangan penyokong terbawa-bawa dengan sentimen atas kerisauan tertentu.

"Ini kerana polarisasi politik yang sekian lama dibakar oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

"Oleh itu, mewakili suara anak muda khususnya dalam parti Melayu yang moderat dan progresif maka kita menolak sekerasnya budaya kebencian ini," ujarnya.