Adinda Sultan Kelantan capai persetujuan kes sewa tanah Lojing

Iklan
Esmael Shah (kanan) bersalaman dengan Weera (tengah) selepas persetujuan dicapai.

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Dua adinda Sultan Kelantan mencapai penghakiman persetujuan terhadap kes saman sebuah syarikat pertanian berkaitan bayaran sewa ke atas tiga bidang tanah seluas 7.4 hektar di Lojing, Gua Musang milik dua ahli keluarga diraja itu, di Mahkamah Tinggi, di sini, pada Selasa.

Keputusan direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas selepas penghakiman persetujuan itu dicapai oleh kedua-dua pihak tanpa pengakuan terhadap liabiliti (tidak ada mana-mana pihak yang menang atau kalah).

Iklan
Iklan

Adinda Sultan Kelantan tersebut, Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra dan Tengku Amalin A’ishah Puteri sebagai plaintif-plaintif memfailkan saman dengan menamakan Datuk Heng Poi Hong sebagai defendan pertama dan United SFL Plantation Sdn Bhd (kedua).

Kedua-dua defendan bersetuju untuk membayar kepada plaintif-plaintif satu amaun dalam penghakiman persetujuan yang direkodkan.

Iklan

Saman difailkan menerusi peguamcara, Esmael Shah Shahrudin dan Norlida Ishak dari Tetuan Esmael, Nor & Co manakala defendan-defendan diwakili peguam Weera Premananda dari Ahmad Deniel, Ruben & Co.

Mengikut penyata tuntutan, defendan-defendan menyewa tanah tersebut dengan mengusahakan tanaman sayuran seperti kubis dan tomato sejak tahun 2006.

Iklan
Berdasarkan persetujuan, penyelesaian dicapai dengan defendan-defendan bersetuju untuk membayar sejumlah wang termasuk bayaran sewa terkurang bermula Jun sehingga November tahun ini.

Dalam pada itu, Esmael Shah yang ditemui di luar mahkamah berkata, Tengku Muhammad Fakhry dan Tengku Amalin A’ishah Puteri mendukung prinsip ‘raja dan rakyat berpisah tiada’.

Mereka mahu memudahkan kes dan menyelesaikan secara baik tanpa perbicaraan kerana prihatin terhadap rakyat.

"Keluarga diraja yang berjiwa rakyat dengan mengambil kira kemelut politik serta tekanan yang dihadapi rakyat secara umum.

"Mereka mengambil pendekatan praktikal untuk menjaga hubungan serta keharmonian antara institusi diraja dan rakyat,” katanya.